Assalamualaikum...hai warga maya! selamat datang ke blog Rahul Shafiq.
apa khabar geng? saye doakan moga anda semua dalam keadaan sihat walafiat.aamiiinnnn...
Entry kali ni, saye nak ulas tentang pemanis mulut, pencuci mulut???eh sama je kan?? ahahaha salah satu kuih tradisional tak lain tak bukan ialah kuih bakar. yessss kuih bakar!!! kite bakor kite bakorrrr jeee hahaha eh tu skrip filem hantu kak limah hahahaha. rata rata geng geng semua mesti pernah makan kuih ni kan???yup kuih bakar adalah kuih tradisional yang datang dari???? pelbagai pelusuk di negara kita. and ofkos juga datang dari family saye hehehehe sebabnya family saye pengusaha kuih tradisi ni.jeng...jeng...jeng..
Kuih bakar pandan

comel kan kejadiannye... hihihi
bercakap tentang kuih ni...sape je yg tak suka dah tentu semua orang suka kan hehehe kuih yang lemak lemak manis cukup dengan santan, gula, garing pada permukaan atas dan bawah lembut didalam serta aroma pandan yang harum tu pasti memikat hati kite menjamunya sambil sambil borak minum petang dengan ditemani secawan kopi, kopi o teh ke fuhhh syahdu genggg hahahaha
Kuih ni sememangnya lejen dari dulu sehingga ke hari ini, yang mana boleh didapati di mana mana sahaja seperti di pasar malam, kedai kedai warung sarapan pagi dan lain lain...sehinggakan di majlis malis perkahwinan, kite boleh temui kuih tradisi ni.Sememangnya kuih ni sentiasa mendapat tempat dihati peminat tak kira usia tua atau muda, malah kanak kanak pon menggemarinya.Kalau saye la tak muak makan kuih ni bak kata pepatah tidur tak lena mandi tak basah ahahahaha sehari tu kalau tak pekena kuih ni fuhhhh macam hidup tu tak lengkap la cehhhh wahhh hahahaha
proses pembuatan konsep dahulu
Kuih tradisional ni memang terkenal dari dulu yang mana proses pembuatannya dibakar menggunakan bara api kayu dan papan lapis untuk menaikkan aromanya.Kaedah ni adalah konsep orang lama lama dahulu yang boleh membuatkan kite imbau sejenak suasana kampung dahulu.Berbeza pula dengan konsep zaman sekarang, kuih bakar diproses,diadun dan pembuatannya dibakar menggunakan ketuhar.Yela zaman dah berubah kan sesuai mengikut peredaran zaman.Bagi saye kedua dua konsep pembuatan kuih tradisi ni tetap mendapat tempat dihati peminat dengan keenakan tersendiri cuma kalau nak rasa keasliannya boleh la rasa kuih bakar konsep orang lama lama dahulu yang boleh didapati di Kampung Kuala Ina, Pulau Sebang Melaka.Kalau geng geng pula nak rasai keenakan kuih bakar konsep zaman sekarang yang menggunakan ketuhar (oven) boleh la kunjungi ke kedai mak saye di Taman Nusa Intan Senawang, Negeri Sembilan.Untuk sebarang tempahan boleh hubungi mak saye Puan Nora di talian 016-9236534 atau adik saye Ariff 016-6026534.Kompom saye janjikan keenakan dan kelazatannya membuatkan korang tidak tidur lena semalaman bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta cehhh waahhhh hehehehe
Di kedai mak saye,korang boleh rasai pelbagai jenis perisa ada pandan, ubi, labu, durian cehhhh dah macam gula gula pulak hahahaha. haaa kalau yang durian ofkosla kena tunggu musim durian hehehe dan bergantung juga pada permintaan.Bercakap tentang kuih bakar perisa labu, dulu saye pernah involve dan saye la tokey perisa labu hahahaha cuma sekarang dah retiredddd hehehehe tak de la yang sebenarnya berhenti seketika disebabkan kekangan masa dengan kerja hakiki cehhhh hehehe dapatla juga rasai pengalaman dalam bidang usahawan ni kalau ikutkan rindu juga nak mulakan tapi tula bileeee lah kan.hmmmm rindunya...doa doakan la saye ni ye geng mudah mudahan...aamiinnn
ok la geng sampai sini saje corat coret saye tentang kuih tradisi ni.sedikit sebanyak dapat juga kite kenal kuih lejen ni.nak lebih kenal mendalam moh la datang ko kodai mak sey di nogoghi sombilan haaaa tu dehh dah terkeluar loghat nogoghi den nya haaa hehehehe untuk sebarang tempahan boleh juga hubungi nombor yang tertera tu.Akhir kata, jaga diri dan keluarga.ada masa kite jumpa lagi dilembaran akan datang insyallah...
salam hormat...
Oihhh! Uncle memang suka kuih ni....
ReplyDeleteMaklumlah .... 'otai'
Keh keh keh
yeaahhh hidup otai! jemput la dtg uncle ke seremban =)
ReplyDeletemama sy dulu amik tempahan kuih ni tp yg saiz bsr. selalunya saiz bsr ni diorg nak letak atas dulang hantaran. so ada laa hiasan kacang goreng atas kuih ni (xde bijan). kalau x warna hijau, mama buat yg kuning (isi cempedak)
ReplyDeleteye betul.kebiasaannya kalau yg mcm tu tempahan untuk majlis kahwin, jamuan raya, befday, kami letak dlm kotak.untuk jualan di kedai pula kami packing dlm bekas kuih =) woww sedap tu ada rasa cempedak.menarik
Deletemana button Follow ya?
ReplyDeleteok dah ade.maaf bru berkecimpung hehe
Delete